Saturday, 2 June 2012

Misteri Restoran Adik Manja


Hey, Assalam guys :) Hidupan ghaib seperti jin dan syaitan itu sememangnya wujud dan tak mampu kita nafikan. Memang seram tau baca kisah kisah mistik ni lebih lebih lagi jika pernah merasainya sendiri. Entri kali ini, YeKe?! ingin berkongsi tentang misteri sebuah restoran tinggal yang bernama Restoran Adik Manja di Kuantan Pahang. 


Dari sumber yang aku terima ~

Restoran ni dibina awal tahun 90-an dulu. Berlokasi di tepi Jalan Gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar Kuantan. Dulu kalau tak salah, nama restoran ni lain sebelum dimiliki oleh owner baru. Tapi setelah baru je beroperasi, atas sbb tertentu atau misteri, restoran ni ditinggalkan begitu sahaja hingga kini. Anehnya ‘jiran’ berdekatan amat rancak pembangunannya dan tidak mustahil restoran ni kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini juga masih tiada owner baru mengambil alih dan Restoran Adik Manja dibiarkan mereput dan berdiri sebagai sebuah entiti yang memiliki kemisterian tersendiri. 

"Aku" pernah ada pengalaman dengan kedai ni kira2 7 tahun lepas. Van company yang "aku" bawak rosak berhampiran dengan kedai ni…kira2 300 meter je. Time tu malam dalam pukul 9.00. Kawasan tu agak gelap jadi aku boleh nampak kedai tersebut terang benderang dan meriah, nampak macam ramai orang berhenti. "Aku" ingat nak pergi kat kedai tu tapi tak berani nak tinggal van company sebab barang penuh. "Aku" tunggu kawan "aku" datang bawak van lain pastu punggah barang2 dan teruskn perjalanan. Masa lalu kat kedai tu dalam pkul 12mlm memang nampak jelas orang ramai tengah makan.
"Aku" pelik jugak sebab setahu "aku" kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot. "Aku" dengan kawan "aku" fikir. Esoknya "aku" datang balik waktu pagi sebab nak ambil van yang kitorang tinggal kat tepi jalan malam tadi. "Aku" tengok kedai tu tutup, "aku" tak puas hati "aku" pergi singgah kat kedai tu, "aku" tengok langsung takde kerusi meja, dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi, aku pandang kawan "aku". Pastu kawan "aku" pandang "aku". Apa lagi terus cabut la…tunggu apa lagi…tapi yang peliknya..sape yang "aku" nampak ramai2 makan kat kedai tu malam tadi…memang misteri gilaa ~



No comments:

Post a Comment