Camni cerita dia, Enot pada malam persembahan telah tergelincir dan terjatuh selepas dia yang sepatutnya beraksi mendukung Didie Alias di atas pentas, Enot telah hilang kawalan dan tidak stabil. Disebabkan itu, Enot telah mengalami keretakan di lututnya.

Segera hantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras Sabtu lalu, Enot kini menjalani rawatan sepenuhnya termasuk fisioterapi.
Dia juga disakiti dengan mulut-mulut jahat yang sengaja mencetuskan amarah wanita berusia 33 tahun ini dengan dakwaan dia sengaja meraih simpati orang ramai.
Lebih menyedihkan, dia turut dikecam kerana dianggap sengaja menyakiti diri untuk meraih undi simpati penonton MLM
“Tak masuk akal untuk saya sengaja jatuh pada persembahan malam itu. Ia satu kemalangan. Bukan dibuat-buat.
“Hairan juga saya kenapa ada yang kata saya nak raih simpati dengan cara macam tu. Kalau saya buat macam tu, tentu saya akan dikecam sebab menggunakan cara jijik untuk menang bukan? jadi fikirlah sendiri, ” katanya. - Enot berkata
No comments:
Post a Comment