.jpg)
Bagi Apeez, tidaklah merupakan satu kesalahan jika kita sekadar meraikan kenalan Kristian kita dalam hal Krismas ini. Apeez tidak mengatakan yang kita boleh menyambut krismas, yakni seperti menunggu hingga 12 malam kemudian menyanyi jinggle bell, jinggle bell bersama, kita pakai topi santa clause bersama mereka, kita pun berhibur dengan hiburan mereka dan sebagainya. Saya, tidak mengatakan itu boleh.
Tetapi Apeez menyatakan bahawa, tidak menjadi satu kesalahan jika kita sekadar meraikan kenalan Kristian kita dalam hal Krismas ini. Apakah maksud meraikan yang Apeez nyatakan ini?
Meraikan di sini adalah:
Apabila rakan Kristian kita mengajak kita ke jamuan makannya, dan dijamin bahawa makanan yang disediakan halal, tempatnya bersih, maka adalah tidak salah kita memenuhi jemputannya.
Tidak salah juga, semasa kita memenuhi jemputan itu, kita memberikannya hadiah.
Dalam hal pengucapan “Happy Merry Christmas”, Apeez rasa lebih senang kita tidak menyebutkannya. Tetapi bukan dari satu kesalahan untuk kita membalas ucapan Happy Merry Christmas mereka dengan ucapan lain seperti: “Semoga kamu dirahmati juga” atau “May God Bless You” dan sebagainya, dan kita niatkan doa itu agar dia mendapat hidayah daripada Allah SWT.
Yang menjadi kesalahan pada pendapat saya adalah apabila, kita turut bersama mereka memakai pakaian santa clause, kita meniup wisel panjang berbelang itu bersama, Kita menyediakan juga pokok krismas di rumah kita, kita juga menyebut-nyebut kalaulah Santa hadir, kita juga memasak masakkan krismas dan sebagainya. Seakan-akan, itu hari raya kita. Maka itulah yang tidak dibolehkan. Macam krismas itu adalah hari raya sebenar kita pula.
Kita kena faham, Krismas adalah hari raya orang lain. Maka, ibarat kita masuk rumah orang lain la. Walaupun tuan rumah kata: “Buatlah macam rumah sendiri” Tapi sebagai tetamu yang beradab, takkan kita nak buat macam rumah sendiri? Kita masih ada adab Islam kita.
Kita hakikatnya tidak menyambut krismas. Kita hanya meraikan sahabat kenalan kita. Agar mereka menyenangi akhlak kita, tertarik dengan peribadi kita. Kita tidak hadir untuk menyambut krismas yang mereka sambut. Kita hadir untuk menawan hati mereka.
Maka adalah menjadi satu kekurangan apabila kita sendiri menyerupai mereka. Sedangkan sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah SWT, kita sewajibnya mempunyai tamayyuz(perbezaan) antara peribadi kita dan mereka.
Adalah hakikatnya, cukup sekadar kita menghadiri jamuan yang dijemput, memberikan mereka hadiah ketika berziarah, dan membalas ucapan mereka dengan doa.
Sekiranya majlis yang mereka sediakan disertai dengan hiburan yang melampau, percampuran yang bebas, ritual-ritual keagamaan, hendaklah kita menyisih dari tentatif-tentatif itu dengan keluar sebentar, atau sebagainya.
Islam bukan agama racist, Islam agama toleransi
Saya tidak nampak pandangan Muhammad Saleh Al-Munajjid, dan Sheikhul Ibn Taimiyyah adalah keras. Dari satu segi, pandangan mereka tepat. Benar, kita tidak boleh menyerupai orang-orang bukan Islam.
Sebab itu menyambut Christmas adalah haram. Apeez ulang, menyambut Christmas. Menyambut. Apeez ulang lagi ni, menyambut.
Apeez juga tidak nampak pandangan Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr Sheikh Mustafa Zarqa itu satu kesalahan. Dari satu segi, pandangan mereka tepat. Benar, kita perlu bertoleransi dan menjaga hubungan baik kita dengan orang-orang bukan Islam. Untuk apa? Menawan hati mereka.
Sebab itu, saya berpendapat, meraikan rakan kita yang menyambut Christmas adalah boleh. Apeez ulang, meraikan rakan kita yang menyambut Christmas. Meraikan rakan kita. Apeez ulang lagi ni, meraikan rakan kita. Dah banyak apeez ulang ayat sama. Takut korang tak paham je. Teruskan~
Kita tidak menyambut Krismas. Kita sekadar meraikan rakan-rakan kita. Ini satu dakwah secara halus yang perlu kita jalankan dengan halus juga. Kita tetap perlu memegang disiplin mu’min dalam diri kita. Kita hadiri majlis mereka dengan prinsip kita yang tidak tergugah. Adab kita masih kita jaga, kekemasan pakaian kita masih kita ada, kebersihan akhlak kita masih kita jaga. Aqidah kita masih kita jaga.
Saya ulang, kita tidak menyambut krismas. Kita tidak hias rumah kita pada Krismas. Kita juga tidak menanam pokok krismas untuk krismas. Kita tidak buat kek krismas untuk krismas. Kita tidak menanti Santa Clause mahupun mempercayainya. Kita juga tidak pantas menyebut Merry Christmas itu, Merry Christmas ini. Kita juga tidak berdoa dengan doa mereka, kita tidak menyertai aqidah mereka, jauh sekali mempercayai apa yang mereka percaya.
Kita hanya meraikan rakan kita yang menyambut krismas. Kita hanya datang ke jamuan krismas bila dijemput rakan. Hanya makan apabila makanan yang disediakan halal. Hanya memberi hadiah ketika berziarah apabila menerima jemputan. Kita membalas ucapan mereka dengan ucapan kita yang lebih baik(hidayah Allah, apakah yang lebih baik dari hidayah Allah? Kita telah memenuhi ayat An-Nisa’ 86 tadi).
Moga-moga, dengan toleransi penuh berprinsip kita tadi, rakan-rakan Kristian kita tertarik dengan Islam yang kita bawa ke mana-mana. Apakah di dalam fikiran mereka apabila melihat kita yang amat kemas tadi?
“Wah, orang Islam ini amat berdisiplin ya. Kemas. Akhlak banyak baik”
Itu satu panahan kita terhadap mereka.
Panahan halus, yang kita harap menyentuh jiwa mereka.
Pengetahuan - Menurut almanak Yulius ,tarikh 25 Disember sebenarnya tarikh lahirnya matahari.
Sumber :- AkuIslam.com
- langitilahi.com
No comments:
Post a Comment