Tuesday 6 December 2011

Tanda2, Akibat dan Masalah Kurang Tidur




Inilah masalah orang-orang sekarang. Cuti kan, mesti la tidur lambat. Haha. Tapi ingat, kurang tidur bleh membawa penyakit merbahaya. Apeez pun kurang tidur. Buat kerja blogger ni memang ambik masa. Hehe.Okay, pengenalan pulak.


Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:


"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."



Pengenalan


Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak mesti melebihi kadar tidur daripada dewasa. Bagi orang warga emas masa yang lebih pendek daripada dewasa iaitu 4-5 jam sehari.





Kalau tidur di hari siang, mcm tengahari, orang cakap kita ni pemalas. Kalau mengikut Sunnah Islam, ia adalah satu kebaikan asalkan tidak berlebihan-lebihan.Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."


Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."





Tanda-Tanda Kurang Tidur


Stress ketika melakukan sesuatu kerja
Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
Kelakuan yang luar biasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding) dan sebagainya.






Kesan dan Akibat
Masalah tidur boleh menyebabkan pemikiran,emosi terganggu dan tingkah laku luar biasa. Ia boleh kacau kita ketika kerja, belajar dan sebagainya terganggu.


- Cepat marah secara tiba-tiba
- Sukar mengawal emosi sendiri
- Susah memberi perhatian/tumpuan
- Boleh menyebabkan berlakunya kesalahan besar
- Mengambil risiko kecederaan dan kematian jika terlibat kemalangan




12 punca Masalah Kesihatan :-
- Sistem imun lemah                                - Murung dan enggan bergaul
- Kencing Manis                                        - Letih
- Kegemukan                                             - Tidak selesa
- Susut berat badan                                  - Usia menjadi meningkat
- Kanser payudara                                    - 70% risiko mati muda
- Stres                                                         - Cepat tua


So, amalkan tidur awal. Jangan ikut perangai Apeez yang selalu tidur lambat. Haha. Enjoy Ur Day

No comments:

Post a Comment