Thursday 1 December 2011

DDR cipta penapis air setanding air Zam-Zam

Siapa DDR? Beliau adalah seorang doktor. Namanya Datuk Dr Che Rozmey Che Din. Ok dh. Ini bukan psl biodata beliau. Hehe. Baca seterusnya.


Beliau mengeluarkan produk selewat-lewatnya pada Mac 2011 dR-Premier, produk rawatan penapisan air formulasi DDR dengan teknologi rakan kongsinya dari Korea akan menemui pengguna. DDR menjangkakan mampu menjual 1,000 unit sebulan pada bulan pertama dengan peningkatan kira-kira 10,000 unit sebulan menjelang suku ketiga 2011.

Keyakinan ini berdasarkan kepada dR-Premier yang merupakan teknologi terbaik di dunia yang DDR bangunkan bersama rakan kongsinya dari Korea. Teknologi canggih Korea ini adalah yang pertama dibangunkan oleh anak watan dan yang pertama dipasarkan di Malaysia.




Sistem rawatan air yang terdiri daripada penapis sedimen, penapis prekarbon, uf membran dan pos karbon mampu menghasilkan air terbaik dunia, air zam-zam kerana dR-Premier mampu menghapuskan bakteria mineral dan bahan logam arsenik berlebihan.


dR-Premier yang menggunakan teknologi yang canggih ini dan menjualnya dengan harga sebanyak RM3,250 seunit adalah produk yang paling murah di pasaran berbanding jenama-jenama lain yang menggunakan teknologi lebih rendah.

No comments:

Post a Comment