Untuk pengetahuan korang, Mawi adalah juara ketika AF3. Di konsert Akhir Reunion, Mawi telah berjaya memenangi Anugerah Balada Lelaki dan Anugerah Duet dengan pasangannya, Datuk M.Nasir berduet lagu Jiwa Lagu Cinta. Datuk M.Nasir pernah menjadi pengetua Mawi ketika AF3.


Sementara itu, dari musim 1 hingga 9 AF, terdapat juga pemenang-pemenang yang berlainan musim. Sungguh mengagumkan. Zarina dan Bob yang merupakan bekas AF2 berjaya memenangi Anugerah Dangdut Terbaik menerusi lagu Goyang Inul dan Anugerah Irama Malaysia (Pantun Budi).
Ada lagi pemenang. Sabar2. Lima lagi anugerah masing-masing dimenangi oleh Anum AF8 (Anugerah Rock Wanita), Hazama AF9 (Anugerah Rock Lelaki), Faizal AF4 (Anugerah Komedi), Mila AF5 (Anugerah Balada Wanita) dan akhir sekali, Stacy (Anugerah Tari).
No comments:
Post a Comment