Wednesday 30 November 2011

Johan sedia apa pun risiko isu saman Ogy

Sebelum ini Ogy telah mendakwa dirinya telah dipermainkan oleh Johan di hadapan penonton termasuk tetamu VVIP, TPM dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis FFM-24 berlangsung. Perkara tersebut tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan selanjut keatas Johan. Johan enggan memberi perjelasan lanjut mengenai 'ketelanjurannya' itu kerana tidak mahu memanaskan lagi keadaan di atas pentas tersebut.




"Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini.

"Jika saya ada apa-apa program melibatkan media, baru saya bersedia untuk memberikan kenyataan kerana saya mahu adil pada semua teman media.

"Saya tidak mahu ulang benda sama banyak kali. Biar kita duduk pada suatu tempat yang sama, tanyalah apa pun, saya bersedia untuk menjawab," -Johan berkata



Anda ingin siasat keadaan? Tgk video ini

No comments:

Post a Comment