Hey Assalam! Mesti ramai tak tahu kan yg bumi di mana kita hidup mempunyai banyak tempat luar biasa, baik keunikannya serta keanehannya? Berikut ini 10 tempat unik dan aneh di seluruh dunia! Mcm menarik je ~ Cuba lah tgk!
1) Guaira Falls, sempadan Brazil-Paraguay
Kebanyakan orang menganggap air terjun Niagara adalah yang terbesar di dunia. Sedangakan Guaira Falls lah yang terbesar di dunia dengan jumlah air terjun yang mencapai kira-kira 1.750.000 kubik per-saat. Bandingkan dengan Niagara Falls yang hanya 70.000 kubik per-saat.
Sumber Guaira Falls yang terletak di sempadan Brazil-Paraguay, adalah sungai Parana. Pada tahun 1982, lokasi air tejun Guaira ini dibina empangan untuk hidro elektrik yang dinamakan Itaipu Dam merupakan empangan hidro elektrik kedua terbesar di dunia setelah Gorges Dam. Itaipu Dam menyalurkan 90 peratus elektrik ke Paraguay, dan 19 peratus ke Brazil, iaitu Rio de Janeiro dan Sao Paulo.